Rabu, 20 September 2017

PBS PJPK KSSM TINGKATAN 1

INSTRUMEN PENTAKSIRAN PJPK KSSM TINGKATAN 1

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Masih ramai lagi yang tercari-cari sumber untuk bahan pentaksiran bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan bagi Tingkatan 1. Oleh yang demikian pihak penerbitan PERWIRA MINDA yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan buku latihan dan instrumen pentaksiran bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan bersungguh-sungguh untuk membantu guru-guru yang mengajar matapelajaran ini. Maka terhasilnya Buku Instrumen Pentaksiran PJPK KSSM Tingkatan 1 ini dapat membantu guru mentadbir PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) di Sekolah Menengah.

Buku Instrumen Pentaksiran PJPK KSSM Tingkatan 1 ini mengandungi kesemua Standard Prestasi yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Instrumen ini disusun mengikut turutan bab/unit bagi matapelajaran PJPK Tingkatan 1. Guru bebas menentukan kesesuaian pengajaran mengikut ketetapan kandungan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) panitia di sekolah masing-masing.

Penggunaan instrumen ini secara menyeluruh dan kaedah pengajaran guru yang terkini, terancang serta menarik mampu mengoptimumkan keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di padang ataupun di bilik darjah.

Buku ini mengandungi 89 mukasurat instrumen pentaksiran. Buku ini boleh ditempah melalui ejen-ejen yang dilantik oleh PERWIRA MINDA. Untuk maklumat lanjut sila hubungi :-

Pn. Zura 017-3595074 (Admin)
Cik Reena 013-9020761 (Sales & Marketing - Seri Kembangan/Putrajaya/Kajang/Bangi)
Pn. Lily 017-3266373 (Sales & Marketing - Sepang/Salak Tinggi/Nilai/Banting)
Pn. Liza 016-6787138 (Sales & Marketing - Kuala Lumpur)

Judul Buku : Instrumen Pentaksiran PJPK KSSM Tingkatan 1 
No. ISBN    : 978-967-10625-8-6
Penerbit     : PERWIRA MINDA
Penulis       : Nazri Masdor
                     Bacelor Pendidikan Jasmani , UPM Serdang
Harga        : RM8.00 (Semenanjung Malaysia) / RM8.50 (Sabah & Sarawak)
Penghantaran : POSLAJU/ POS Malaysia




 Alat Bantu Mengajar


Koleksi buku latihan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan terbitan PERWIRA MINDA.

MODUL LATIHAN PJPK TINGKATAN 2


MODUL LATIHAN PJPK TINGKATAN 3


BUKU AKTIVITI PJPK TINGKATAN 4


BUKU AKTIVITI PJPK TINGKATAN 5


abm pjk / abm geografi / abm sains / abm sejarah / abm otot / abm gigi / abm haiwan / abm peta malaysia / abm tamadun / abm dadah / abm nutrien / abm piramid makanan / abm kecergasan fizikal / abm prasekolah / bbm guru / bbm pjk / bbm sains kegigian manusia / bbm sains haiwan / bbm peta geografi / bbm sejarah tingkatan 4 / abm peta malaysia / abm pemakanan / abm peta kemunculan tamadun awal manusia / abm bermagnet / magnet / guru sekolah / sekolah menengah / sekolah rendah







Jumaat, 4 Ogos 2017

Tips Belajar : Teknik menghafal fakta sejarah yang berkesan

Susah ke nak belajar matapelajaran Sejarah di sekolah??? 



Peta di atas menunjukkan Kemunculan Tamadun Awal Manusia melalui Bab 1 Sejarah Tingkatan 4. Beberapa fakta telah pun dikumpulkan untuk memudahkan pelajar-pelajar menghafalnya bagi memudahkan mereka menjawab soalan peperiksaan yang berbentuk struktur mahupun esei.

Kebiasaanya soalan mengenai tamadun ini kerapkali keluar di bahagian esei dan contoh soalan yang ditanya adalah seperti yang berikut :

TAJUK RAMALAN SEJARAH SPM


Soalan Esei

(a)   Apakah maksud tamadun ?

(b)   Huraikan ciri tamadun awal dunia.

(c)    Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita membina sebuah tamadun yang unggul ?


Melalui soalan yang dikemukakan di atas pelajar perlu membaca dan menghafal pengertian tamadun, tahun kemunculannya, ciri-ciri tamadun dan sumbangan tamadun sebelum menulis esei. 

Contoh Jawapan bagi soalan (a) :

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudunmadain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.

Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah. 

Pusat Tamadun Awal Dunia
·         Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates
·         Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil
·         Tamadun Indus – di lembah sungai Indus
·         Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho


Contoh Jawapan bagi soalan (b) :

 Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekalPenduduk nomad mula hidup menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktivitibercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah dilembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus serta lembah Hwang Ho.
        
         Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosialLebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.
        
         Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahanSistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaanUndang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.
        
         Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tenteradan sebagainya.
        
         Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaanMasyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alamdikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukankepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnyabanyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungaidan sebagainya.
        
         Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untukberhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusanseperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.             


Contoh Jawapan bagi soalan (c) :

Rangka jawapan :

Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana .....
·         Tanah subur
·         Sesuai bercucuk tanam
·         Menjamin kelangsungan bekalan makanan
·         Tanah pamah yang luas
·         Sesuai membina tempat tinggal
·         Bekalan air untuk kegunaan harian
·         Bekalan air untuk pengairan
·         Bekalan sumber protin
·         Laluan perhubungan dan pengangkutan
·         Mana-mana jawapan munasabah


Sumbangan Tamadun Awal Dunia

Tamadun Mesopotamia
·         Pembinaan negara kota
·         Penciptaan dan penggunaan roda
·         Penciptaan layar dan kapal layar
·         Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi
·         Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya

  Tamadun Mesir Purba
·         Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi
·         Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian
·         Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi
·         Pengenalan kaedah pengawalan banjir
·         Penciptaan kalendar
·         Pengenalan teknik pembedahan
·         Penciptaan teknik memumiakan mayat

  Tamadun Indus
·         Pengenalan bandar terancang
·         Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran
·         Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain
·         Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun

  Tamadun Hwang Ho
·         Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti
·         Penciptaan alat-alat pertanian
·         Penggunaan teknologi baru dalam pertanian
·         Penciptaan terusan
·         Pengenalan kaedah dan strategi peperangan

#sumber soalan ramalan di atas diperoleh dari blog cikgu zakaria sejarah



Banyak juga fakta yang perlu dihafal oleh pelajar-pelajar sebelum menterjemahkan kesemuanya ke dalam bentuk penulisan esei. Teknik penghafalan yang mudah telahpun dicipta oleh pasukan Perwira Minda bagi memudahkan pelajar untuk mengingati kesemuanya mengenai tajuk bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia. Produk berjenama i-MAB iaitu Interactive Magnetic Board telah membongkar cara termudah untuk menghafal fakta sejarah tamadun dengan lebih berkesan berbanding membacanya melalui buku.


Berikut merupakan komponen-komponen i-MAB Sejarah Tamadun Awal Manusia yang telah disediakan oleh pihak Perwira Minda :

Katalog i-MAB (dapatkan dari pengurus jualan dan pemasaran Perwira Minda)


Alat Pembelajaran i-MAB terdiri daripada 2 komponen iaitu:-
  1. Papan Interaktif Bermaklumat – Mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk ilustrasi, foto, tulisan dan sebagainya yang berkaitan dengan silibus pembelajaran KPM.
  2. Set Jawapan (Berbentuk jubin dan Bermagnet) – Terdiri daripada pelbagai saiz serta berfungsi sebagai jawapan kepada Papan Interaktif Bermaklumat. Dimana ianya digerakkan secara manual berdasarkan arahan dan panduan oleh guru.
Fungsi i-MAB ini ialah :

  1. Merangsang pelajar untuk belajar dengan lebih efektif di dalam bilik darjah. Murid dapat belajar secara :-
    • pantas
    • seronok
    • melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran (multiple skills)
  2. Memudahkan tugas guru untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran dalam satu-satu sesi PdP dimana
    • strategi pengajaran berpusatkan pelajar
    • peranan guru sebagai fasilitator



Melalui set jawapan jubin bermagnet yang telah disediakan pelajar-pelajar boleh memasukkan jubin bermagnet tersebut ke dalam ruang kotak yang disediakan di dalam papan interaktif bermaklumat seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas bagi memenuhi kriteria maklumat yang diperlukan pagi 4 kemunculan tamadun awal manusia. Pelajar-pelajar dapat membezakan dan menyenaraikan secara tepat dengan hanya menggerakkan tangan mereka untuk mengambil jawapan jubin dan diletakkan di atas papan interaktif bermaklumat tersebut. (Lebih jimat masa berbanding perlu tulis satu-satu) Proses ini membantu mereka menghafal dengan lebih berkesan. Set ini disediakan sebagai latih tubi bagi menguatkan ingatan mereka terhadap fakta yang perlu dihafal sebelum mereka menjawap soalan latihan / ujian / peperiksaan utama (SPM).

Pihak Perwira Minda menggalakkan guru-guru Sejarah untuk mendapatkan set ini dan mempraktikkan di dalam kelas bersama pelajar-pelajar tingkatan 4 ataupun pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. 



SELAMAT MENCUBA!!!





PERLUKAN ABM/BBM UNTUK P&P DI DALAM KELAS???


HUBUNGI 0173595074/0163843433 SEKARANG!!!


abm pjk / abm geografi / abm sains / abm sejarah / abm otot / abm gigi / abm haiwan / abm peta malaysia / abm tamadun / abm dadah / abm nutrien / abm piramid makanan / abm kecergasan fizikal / abm prasekolah / bbm guru / bbm pjk / bbm sains kegigian manusia / bbm sains haiwan / bbm peta geografi / bbm sejarah tingkatan 4 / abm peta malaysia / abm pemakanan / abm peta kemunculan tamadun awal manusia / abm bermagnet / magnet / guru sekolah / sekolah menengah / sekolah rendah

Selasa, 1 Ogos 2017

Buku PJK Tingkatan 1

Assalamualaikum... lama zura tak update blog ini... apa yang nak dikongsikan di sini ialah masih ada guru-guru pjk mencari buku pjk kssm tingkatan 1 pada hari ini. Mungkin sebelum ini tak berkesempatan untuk menempah dari Perwira Minda kerana lewat diterbitkan. Jadi untuk tahun hadapan tiada lagi halangan untuk membuat tempahan awal bagi sesi tahun 2018.



  • Instrumen Pentaksiran PJPK Tingkatan 1 ini diterbitkan untuk membantu guru mentadbir PBS (Pentaksiran Berasaskan  Sekolah) di sekolah menengah.
  • Mengandungi kesemua Standard Prestasi yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Instrumen ini disusun mengikut turutan bab/unit bagi matapelajaran PJPK Tingkatan 1. Guru bebas menentukan kesesuaian pengajaran mengikut ketetapan kandungan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) panitia di sekolah masing-masing.
  • Penggunaan instrumen ini secara menyeluruh dan kaedah pengajaran guru yang terkini , terancang serta menarik mampu mengoptimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam matapelajaran PJPK di padang ataupun bilik darjah.


Harga senaskhah RM8.00 (Semenanjung) / RM8.50 (Sabah/Sarawak)

Hubungi Nazri 0163843433 / Zura 0173595074





PERLUKAN ABM/BBM UNTUK P&P DI DALAM KELAS???

HUBUNGI 0173595074 SEKARANG!!!


abm pjk / abm geografi / abm sains / abm sejarah / abm prasekolah / bbm guru / bbm pjk / bbm sains kegigian manusia / bbm sains haiwan / bbm peta geografi / bbm sejarah tingkatan 4 / abm peta malaysia / abm pemakanan / abm peta kemunculan tamadun awal manusia / abm bermagnet / magnet / guru sekolah / sekolah menengah / sekolah rendah

Rabu, 22 Mac 2017

Syukur pada Yang Maha Esa



Alhamdulillah atas sambutan baik dari guru-guru seluruh Malaysia , hari ni buat penghantaran sebanyak 662 buku Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk Tingkatan 1 , 4 & 5 ke negeri Sabah.. Perwira Minda doakan agar buku-buku ini dapat memberi manfaat kepada guru dan murid yang bakal menggunakannya.


 




Untuk tempahan hubungi 0173595074 SEKARANG!!!



Selasa, 21 Mac 2017

Instrumen Pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KSSM Tingkatan 1

Instrumen Pentaksiran PJPK KSSM Tingkatan 1

  • Instrumen Pentaksiran PJPK Tingkatan 1 ini diterbitkan untuk membantu guru mentadbir PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) di sekolah menengah.
  • Mengandungi kesemua Standard Prestasi yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Instrumen ini disusun mengikut turutan bab/unit bagi matapelajaran PJPK Tingkatan 1. Guru bebas menentukan kesesuaian pengajaran mengikut ketetapan kandungan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) panitia di sekolah masing-masing.
  • Penggunaan instrumen ini secara menyeluruh dan kaedah pengajaran guru yang terkini, terancang serta menarik, mampu mengoptimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam matapelajaran PJPK di padang ataupun bilik darjah.
Untuk tempahan sila hubungi wakil kami yang berhampiran tempat anda atau hubungi Puan Zura 017-3595074 untuk maklumat lanjut.

Sabtu, 11 Februari 2017

Bagaimana Nak Tempah Buku & ABM Perwira Minda??

Assalamualaikum ,.. Hi ! Lama betul Zura tak update blog ini.. Almaklumlah awal-awal tahun ini memang sibuk kan.. Hehe.. Zura kini masih aktif memasarkan buku-buku pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Ramai juga yang bertanya bagaimana nak tempah buku & abm sekiranya mereka jauh dari Perwira Minda. Di sini Zura nak tunjukkan senarai wakil jualan yang sah untuk anda hubungi bagi membuat tempahan buku dan abm interactive magnetic board (i-MAB) . Zura akan update dari semasa ke semasa.

Senarai wakil jualan sah Perwira Minda :
1) Pn. Lily (Sepang, Nilai) - call/whatsapp 017-3266373
2) Pn. Lyzz (KL, Gombak) - call/whatsapp 016-6787138
3) En. Saufi (Shah Alam) - call/whatsapp 018-3209762
4) En. Farizal (Seremban) - call/whatsapp 018-2560941
5) Pn. Zieta (Kuala Terengganu) - call/whatsapp 019-9847588
6) Pn. Yatie (Serdang, Selangor) - call/whatsapp 016-6418756

abm pjk / abm geografi / abm sains / abm sejarah / abm prasekolah / bbm guru / bbm pjk / bbm sains kegigian manusia / bbm sains haiwan / bbm peta geografi / bbm sejarah tingkatan 4 / abm peta malaysia / abm pemakanan / abm peta kemunculan tamadun awal manusia / abm bermagnet / magnet / guru sekolah / sekolah menengah / sekolah rendah

Selasa, 10 Januari 2017

Modul Latihan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2

Buku ini merupakan salah satu bahan bantu yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran PJK di dalam bilik darjah. Dengan pendekatan baharu, mudah,  ringkas dan padat serta dipenuhi dengan pelbagai imej foto dan ilustrasi berwarna yang menarik, ia akan mampu menarik minat pelajar dan memudahkan guru untuk melaksanakan proses pengajaran. Selain menjadi sumber latihan yang lengkap, buku ini  juga boleh dijadikan sumber rujukan atau nota bagi pelajar untuk menghadapi peperiksaan.











HARGA PROMOSI JANUARI 2017
RM5.00 (Semenanjung)/Naskhah
RM6.00 (Sabah/Sarawak)/Naskhah

CALL/WHATSAPP SEGERA
017-3595074

SEKARANG!!!












PERLUKAN ABM/BBM UNTUK P&P DI DALAM KELAS???
HUBUNGI 0173595074 SEKARANG!!!


abm pjk / abm geografi / abm sains / abm sejarah / abm prasekolah / bbm guru / bbm pjk / bbm sains kegigian manusia / bbm sains haiwan / bbm peta geografi / bbm sejarah tingkatan 4 / abm peta malaysia / abm pemakanan / abm peta kemunculan tamadun awal manusia / abm bermagnet / magnet / guru sekolah / sekolah menengah / sekolah rendah

PROMOSI JUALAN RUNTUH TAHUN BARU 2021

  ALAT BANTU MENGAJAR   ----------------------------------------------- i-MAB Haiwan 1 KOTAK - ( 5 SET i-MAB) HARGA PROMOSI = RM 150 (termas...