Ahad, 17 April 2016

Merangsang Murid Belajar Lebih Efektif




Salah satu strategi pengajaran di dalam kelas adalah guru-guru memilih alat/bahan yang sesuai dimana ianya menepati kriteria matapelajaran yang hendak diajarkan kepada murid. Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai. Kaedah yang dimaksudkan adalah kaedah pembelajaran VAKs iaitu Visual, Audio dan Kinesthesis.

Syarikat penerbitan Perwira Minda telah mengambil inisiatif dalam menghasilkan alat bantu mengajar yang menggunakan kaedah pembelajaran VAKs yang diberi jenama i-MAB - Interactive Magnetic Board. Ciri-ciri yang terdapat pada i-MAB  membolehkan alat ini dapat mengaplikasikan kaedah pembelajaran VAKs . 

Berikut adalah huraian ringkas berkenaan kaedah pembelajaran melalui Visual, Audio dan Kinesthesis yang diterapkan ke dalam i-MAB.

Visual
Setiap papan i-MAB mengandungi pelbagai maklumat dalam bentuk ilustrasi, imej, tulisan yang berkaitan dengan silibus matapelajaran KPM. Pelajar-pelajar yang melihat gambar/gambarajah/peta minda/ yang berwarna-warni yang terdapat pada papan i-MAB membolehkan mereka untuk menggambarkan semula apa yang dilihat.

Audio
Berdasarkan arahan daripada guru, murid dapat menyebut kembali apa yang dipelajari dari tajuk pada papan i-MAB tersebut. Murid-murid juga mengadakan perbincangan bersama rakan satu kumpulan untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan terhadap tajuk yang dipelajari.

Kinesthesis
Murid-murid melakukan aktiviti secara praktikal dengan memasukkan jawapan jubin bermagnet ke dalam ruang jawapan yang disediakan. Ianya boleh dilakukan secara berulangkali sebagai latih tubi murid-murid untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan mereka.

"Lihat, Dengar dan Lakukan"

Ketiga-tiganya digabungkan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang optimum. Lebih banyak aktiviti yang dilakukan ketika belajar , lebih tinggi peratus ingatan dan kefahaman terhadap pelajaran tersebut. Dengan itu, murid-murid dapat menguasai kaedah pembelajaran yang efektif.

i-MAB merupakan alat bantu mengajar yang secara umumnya berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah.

Adakah anda masih mencari abm yang sesuai??? Layari http://i-mab.com/ untuk maklumat lanjut. 

-Zura Shibi-



abm pjk / abm geografi / abm sains / abm sejarah / abm otot / abm gigi / abm haiwan / abm peta malaysia / abm tamadun / abm dadah / abm nutrien / abm piramid makanan / abm kecergasan fizikal / abm prasekolah / bbm guru / bbm pjk / bbm sains kegigian manusia / bbm sains haiwan / bbm peta geografi / bbm sejarah tingkatan 4 / abm peta malaysia / abm pemakanan / abm peta kemunculan tamadun awal manusia / abm bermagnet / magnet / guru sekolah / sekolah menengah / sekolah rendah




PROMOSI JUALAN RUNTUH TAHUN BARU 2021

  ALAT BANTU MENGAJAR   ----------------------------------------------- i-MAB Haiwan 1 KOTAK - ( 5 SET i-MAB) HARGA PROMOSI = RM 150 (termas...